Siapa Kami

Pembikinan www.infotakraw.com adalah usaha

Hamid_Mydin1

 

Dari Bandar Diraja Klang, Selangor,

 Dengan berbekalkan dana / pengangkutan persendirian

dan pengangkutan awam,

kami ke pelusuk semenanjung

mencari dan mengumpul semula bahan-bahan sejarah

sepak takraw negara.

infotakraw_7

Mohd Zahari Hamid

Mencari info – Pejabat Utusan Malaysia Kuala Lumpur

infotakraw123456

Dengan kehendakNYA InsyaAllah berjaya.

T40A

T41A

T20A

T43A

T42A

T4A

T8

T9

T6

T3

T2

T1

T21

T22

T5

T7

T23

 

” KAMI ADALAH ANAK, MENANTU,

CUCU/CUCU MENANTU ALLAHYARHAM HAMID MYDIN,

PENCIPTA & PENGASAS

PERMAINAN SEPAK TAKRAW”


“PENGENALAN”

En Hamid Mydin

En Hamid Mydin
Pencipta Dan Pengasas Permainan Sepak Takraw “Father of Modern Takraw”
(19 Disember 1916 – 18 Disember 1991)

Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan  di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring yang memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik. Sepak Raga pula merupakan permainan menimang bola takraw dalam bulatan dengan menggunakan kaki atau kepala dan telah dimainkan semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Dalam Sulatus Salatin ada menceritakan mengenai Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad yang tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.

En Hamid Mydin

En Hamid Mydin

Di Malaysia permainan ini disebut ‘sepak raga’, di Filipina ‘sipa’, di Burma ‘chinlone’, di Laos ‘kator’, dan di Thailand ‘takraw’. Permainan sepaktakraw yang ada sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun 1940an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala Lumpur. En Hamid Bin Mydin merupakan orang yang diiktiraf sebagai pencipta dan pengasas kepada Sepakraga Takraw. Siapakah En Hamid Bin Mydin ? Apakah cerita di sebaliknya sehingga beliau diktiraf dengan  pengasas dan pencipta sepak takraw ?? Siapakah manusia pereka yang telah berjasa mencipta permainan sepak raga moden menggunakan jaring ini? Bagaimana dia mendapat ilham supaya pemain-pemain menggunakan “Smashing Tajam” dengan kepala dan “Sepak Maut” untuk mematikan langkah lawan. Taktik-taktik baru yang mengagumkan ini terdapat dalam permainan sepak raga jaring yang mula-mula sekali diperkenalkan di Jalan Patani, Pulau Pinang pada tahun 1946.


“BIOGRAFI”

Jalan Patani Pulau Pinang

Jalan Patani Pulau Pinang

Daftar Kelahiran/Kematian

Daftar Kelahiran/Kematian

Hamid Mydin dilahirkan pada 19 Disember 1916 dan ketika itu tinggal di Jalan Patani, Pulau Pinang. Pada ketika itu, permainan Sepakraga Bulatan di main di merata tempat terutama di kampung-kampung terdiri daripada kalangan orang tua sahaja.  Anak-anak muda mula menjauhkan diri dari permainan ini dan Sepakraga Bulatan sudah hilang daya penariknya. Penonton yang menyaksikan pertandingan pun boleh dihitung dengan jari walaupun pihak penganjur menyediakan hadiah-hadiah. Di atas sebab-sebab inilah mendorong Hamid Mydin untuk mengubah dan memodenkan permainan Sepakraga. Tergambar di fikirannya bagaimana permainan ini menggunakan jaring dan gelanggang badminton.

  Kediaman Hamid Mydin di No. 132H Kg Rawa, Jalan Patani, Pulau Pinang

Kediaman Hamid Mydin di No. 132H Kg Rawa, Jalan Patani, Pulau Pinang.
(Rumah ini telah dirobohkan sekitar tahun 1975)

“SEJARAH DAN PEMBANGUNAN”

Gelanggan Awal Sepak Takraw

Gelanggang Awal Sepak Takraw

Sejarahnya bermula apabila pada suatu petang Februari 1946, Hamid Mydin telah menemui sahabat bernama Mohamad Abdul Rahman, anak tempatan Jalan Hatin, Pulau Pinang yang terkenal sebagai pemain Sepakraga Bulatan yang handal dan menceritakan hasratnya untuk mengubah atau memodenkan permainan Sepakraga ini dengan menggunakan jaring dan gelanggang seperti permainan badminton.         
Pulau Pinang Pulau Mutiara

Pulau Pinang Pulau Mutiara

Georgetown, Pu;lau Pinang

Georgetown, Pulau Pinang

Jalan Patani, Georgetown, Pulau Pinang

Tapak Bekas Hospital Haiwan Jalan Patani

Tapak Bekas Hospital Haiwan Jalan Patani

Bertempat di suatu kawasan atas lapisan bertar, tapak bekas Hospital Haiwan di Jalan Patani Pulau Pinang, Hamid Mydin menggaris dengan menggunakan kapur tulis, garisan panjangnya 44 kaki dan lebar 22 kaki. Beliau kemudian meregang tali rami di tiang yang sedia ada tingginya 5 kaki 3 inci.
Dengan menggunakan bolaraga buruk dan menyuruh Mohamad Abdul Rahman berdiri di sebelah sana dan beliau sendiri di sebelah sini. Mereka menendang bolaraga pergi balik cara satu lawan satu. Itulah kali pertama Hamid Mydin mencuba ciptaan barunya.
Pada petang hari berikutnya di tempat yang sama, beliau mencuba membaiki ideanya dengan penambahan 2 orang menjadikan 4 orang dan bermain secara 2 pemain sebelah. Tidak berpuas hati, pada petang ketiganya 6 orang pemain pula digunakan. Beliau sendiri di tempat tekong dan dua pemain lagi di hadapannya. Begitu juga di sebelah sana Mohamad Abdul Rahman di posisi hadapan (apit) dan 2 pemain lagi iaitu 1 orang sebagai tekong dan 1 orang lagi sebagai apit Mohamad Abdul Rahman.
HamidMydin34

Tapak bekas Hospital Haiwan Jalan Patani Pulau Pinang tempat terciptanya Permainan Sepak Takraw Februari 1946 kini dipenuhi rumah pangsa puluhan tingkat

 
Cubaan yang dilakukan berjaya

Permainan baru ini sejak itu mendapat perhatian ramai. Pemain-pemain muda mula meninggalkan permainan bulatan dan berpindah kepada permainan yang lebih menarik ini menggunakan 3 pemain sebelah dan berjaring yang kemudiannya dinamakan Sepakraga Jaring.

Selepas itu pihaknya juga membuat beberapa perubahan bermain dan mendapat sambutan orang ramai termasuk dari Thailand. Corak permainan sekarang adalah hasil beberapa perubahan yang dibuat bersama Yusof Latif yang pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung Persatuan Sepakraga Malaysia. Berkat hasil usahanya berterusan bersama Syed Abbas Al-Habshee. Corak permainan baru ini diperkenalkan kepada penduduk Kuala Lumpur. Ianya mendapat galakan dan sokongan dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.
Dalam masa yang singkat permainan sepak raga jaring mula dan dipertandingkan dalam stadium bertutup tidak lagi di tanah-tanah lapang yang terbuka.

 

Dato' Seri Haji Mohd Yussof Lattiff16

Hamid Mydin berdiri di barisan belakang
hujung kiri berkaca mata hitam
(Gambar Kenangan Perhimpunan rakan- rakan seperjuangan sepak takraw tahun 50-an)

 

Hamid Mydin (membelakangi kamera) selaku ketua pasukan sepakraga MEGAWATI menerima hadiah johan daripada Pegawai Daerah Yan, Kedah bertempat di kawasan mahkamah Yan Kedah tahun 1959

Hamid Mydin (membelakangi kamera) selaku ketua pasukan sepakraga MEGAWATI menerima hadiah johan daripada Pegawai Daerah Yan, Kedah bertempat di kawasan mahkamah Yan Kedah tahun 1959

 

HamidMydin112

Hamid Mydin sedang berbincang bersama Yussof Latiff di mesyuarat penubuhan “Jawatankuasa Penaja Perseketuan Sepak Raga Jaring Malaya” pada 28 Januari 1960 di bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang No. 160 Jalan Perak Pulau Pinang.

 (Gambar ihsan : Dato’ Seri Haji Yussof Latiff)

HamidMydin113

Rumah No 160 Jalan Perak Pulau Pinang
(Gambar ihsan : Dato’ Seri Haji Yussof Latiff)

 

HamidMydin35

HamidMydin36

Bangunan baru Balai Rakyat Jalan Patani Pulau Pinang

 


“ANUGERAH”

Persekutuan Sepakraga jaring Malaysia yang ditubuhkan pada 25 Jun 1960 di Balai Rakyat, Jalan Patani Pulau Pinang tanpa ragu-ragu telah mengiktiraf dan mengisytiharkan bahawa HAMID MYDIN sebagai PENCIPTA DAN PENGASAS, PERMAINAN SEPAKRAGA JARING.
YB Encik Mohd Khir Johari selaku Yang Dipertua Perseketuan Sepakraga Jaring Malaysia telah menganugerahkan Pingat Emas Khir Johari kepada Hamid Mydin dalam satu majlis yang berlangsung pada 7 Ogos 1977 di dewan Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang.
Pingat Emas Khir Johari

Penyampaian Pingat Emas Khir Johari

Sesi foto selepas penganugerahan Pingat Khir Johari

Sesi foto selepas penganugerahan Pingat Khir Johari

Sesi fotografi

Sesi Fotografi selepas penganugerahan Pingat Khir Johari

Beliau juga kemudian dianugerah Pingat Jasa Masyarakat oleh T.Y.T Tun Haji Sardon Bin Haji Zubir, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang bersempena harijadi T.Y.T yang ke-62, 1979

Pingat Jasa Masyarakat

Penyampaian Pingat Jasa Masyarakat

Penganugerahan seterusnya beliau terima Pingat Pangkuan Negara daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-8 Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj bertempat di Istana Negara Kuala Lumpur pada 26 Ramadhan 1406 bersamaan 4 Jun 1986

Pingat Pangkuan Negara

Penyampaian Pingat Pangkuan Negara

Persatuan Melayu Pulau Pinang tidak ketinggalan memberikan penghargaan kepada Hamid Mydin. Beliau dianugerahkan Tokoh Sukan Sepak Takraw 1988.

Yang Di Pertua Persatuan Melayu Pulau Pinang Datuk Haji Mohd Yussof Latiff sedang menyampaikan Sijil “Sijil Penghargaan Kepada Seorang Tokoh” kepada Hamid Mydin

Yang Di Pertua Persatuan Melayu Pulau Pinang Datuk Haji Mohd Yussof Latiff sedang menyampaikan “Sijil Penghargaan Kepada Seorang Tokoh” kepada Hamid Mydin

 

Sijil Penghargaan Dari Persatuian Melayu Pulau Pinang

Sijil Penghargaan dari Persatuan Melayu Pulau Pinang

Sesi fotografi selepas majis penganugerahan

Sesi fotografi sebelum majis penganugerahan

Sesi fotografi selepas majlis penganugerahan

Sesi fotografi selepas majlis penganugerahan

Hamid Mydin di usia 72 tahun

Hamid Mydin di usia 72 tahun


“PAMERAN MINGGU SUKAN MALAYSIA”

Satu pameran mengenai beliau telah berlangsung di Muzium Negara dari 25 Mei 1979 hingga 17 Jun 1979 sempena Pameran Minggu Sukan Malaysia anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.
Hamid Mydin bersama rakan, Encik Hassan Said dan anak, Mohd Zahari di Muzium Negara Kuala Lumpur sempena PAMERAN MINGGU SUKAN 25 Mei 1979 hingga 17 Jun 1979

Hamid Mydin bersama rakan, Encik Hassan Said dan anak, Mohd Zahari
di Muzium Negara Kuala Lumpur sempena
PAMERAN MINGGU SUKAN 25 Mei 1979 hingga 17 Jun 1979

Hamid Mydin pencipta dan pengasas permainan sepak takraw telah berkecimpung di arena Sepak Takraw lebih 30 tahun. Beliau telah membuktikan kepada dunia bahawa anak melayu juga boleh mencipta permainan sukan khususnya permainan Sepakraga Jaring yang boleh diterima semua bangsa. Peminat-peminat sukan khususnya sepak takraw terhutang budi kepada beliau. Sewajarnya nama Hamid Mydin dicatatkan di Tinta Emas sebagai Pencipta Sejarah permainan Sepakraga Moden atau Sepak Takraw.
Hari ini permainan warisan bangsa melayu itu bukan sahaja terkenal sebagai permainan kebangsaaan tetapi telah masuk dalam gelanggang antarabangsa.   
Pasukan Sepakraga Hamid Mydin semasa beliau bertugas di Negeri Kedah (Hamid Mydin berdiri no.6 dari kiri)

Pasukan Sepakraga Hamid Mydin semasa beliau bertugas di Guar Chempedak Kedah pada sekitar tahun 1950an
(Hamid Mydin berdiri no.6 dari kiri)

Pasukan Sepakraga Hamid Mydin semasa beliau bertugas di Negeri Kedah (Hamid Mydin duduk no.1 dari kanan)

Pasukan Sepakraga Hamid Mydin semasa beliau bertugas di Guar Chempedak Kedah sekitar tahun 1950-an
(Hamid Mydin duduk no.1 dari kanan)

Pasukan Sepakraga Hamid Mydin semasa beliau bertugas di Negeri Kedah (Hamid Mydin berdiri no.2 dari kanan)

Pasukan Sepakraga Hamid Mydin semasa beliau bertugas di Guar Chempedak Kedah sekitar tahun 1950-an
(Hamid Mydin berdiri no.2 dari kanan)

Pasukan Sepakraga Hamid Mydin semasa beliau bertugas di Negeri Kedah (Hamid Mydin berdiri no.1 dari kanan)

Pasukan Sepakraga Hamid Mydin semasa beliau bertugas di Guar Chempedak Kedah pada sekitar tahun 1950-an
(Hamid Mydin berdiri no.1 dari kanan)

HamidMydin_25

Selain sepak takraw, Hamid Mydin aktif juga di bidang politik UMNO cawangan Jalan Patani Pulau Pinang.
(Gambar kenangan beliau bersama Tun Abdul Ghafar Baba, Mac 1982)

 

 


“KEMBALI KE RAHMATULLAH”

“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Surah Al-Baqarah Ayat : 156
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Surah Al-Baqarah Ayat : 156

Hamid Mydin telah kembali ke Rahmatullah di kediaman anaknya No. E-G-10 Taman Abidin Jalan Perak Pulau Pinang pada 18 Disember 1991 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1412H di usia 75 tahun dan jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Pulau Pinang. “Mudah-mudahan roh Allahyarham Hamid Mydin ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi ALLAH S.W.T”

 AL-FATIHAH.
Taman Abidin Jalan Perak Pulau Pinang

Taman Abidin Jalan Perak Pulau Pinang

 

Perakuan Kematian

Perakuan Kematian

Pusara Allahyarham Hamid Mydin
Pusara Allahyarham Hamid Mydin
Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak

Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak

Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak Pulau Pinang
Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak Pulau Pinang

APA

Hamid Mydin tidak terkenal kerana kemungkinan tiada  NAMA, PANGKAT, HARTA, dan KRONI
19/12/1916-18/12/1991

19/12/1916-18/12/1991

SEMOGA JASAMU DIKENANG

 

Bahan-bahan sejarah Allahyarham Hamid Mydin telah

diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia

Kuala Lumpur pada hari Khamis 4 Julai 2013 / 25 Syaaban 1434