Lagenda Emas – Abdul Jalil Aziz

| April 28, 2013 | Comments

loh

Abdul Jalil Aziz

Selasa 16 April 2013 / 5 Jamadil Akhir 1434
Alor Setar, Kedah

Abdul Jalil Aziz_36

Gambar Kenangan:
Mustaffa Ishak, Lagenda Emas Tuan Haji Abdul Jalil Aziz dan anak Pencpta Sepak TAkraw Mohd Zahari Hamid

Abdul Jalil Aziz_37

Tuan Haji Abdul Jalil Aziz dan isteri Puan Hajjah Nahariah Mann

Abdul Jalil Aziz_42

Abdul Jalil Aziz_38

Abdul Jalil Aziz_39

Lagenda Emas mempamerkan kad ahli dan jam tangan YAKEB

Abdul Jalil Aziz_40

Abdul Jalil Aziz_11

Abdul Jalil Aziz_10

Abdul Jalil Aziz_12

Abdul Jalil Aziz_13

Abdul Jalil Aziz_14

Abdul Jalil Aziz_15

 

Ihsan Abdul Jalil Aziz

Abdul Jalil Aziz_1

Pingat Emas Sukan SEAP 1971
Dari kiri: Hamid Salleh, Mee Ibrahim,
Mohd Nor Osman, Ahmad Kamal, Abdul Razak Osman ,
Alias Haji Hasan, Marzuki Daud, Rashid Saad, Ismail Ahmad,
Abdul Rahman Ahmad, Abdul Jalil Aziz, dan
Haris Abdul Rahman.

Abdul Jalil Aziz_2

Abdul Jalil Aziz_3

Abdul Jalil Aziz_4

Abdul Jalil Aziz_5

Abdul Jalil Aziz_9

Abdul Jalil Aziz_30

Abdul Jalil Aziz_31

Abdul Jalil Aziz_32

Abdul Jalil Aziz_33

Abdul Jalil Aziz_34

Abdul Jalil Aziz_35

Abdul Jalil Aziz_6

Abdul Jalil Aziz_24

Abdul Jalil Aziz_25

Abdul Jalil Aziz_26

Abdul Jalil Aziz_16

Abdul Jalil Aziz_17

Abdul Jalil Aziz_18

Abdul Jalil Aziz_22

Abdul Jalil Aziz_21

Abdul Jalil Aziz_23

Abdul Jalil Aziz_19

Abdul Jalil Aziz_20

Abdul Jalil Aziz_27

Abdul Jalil Aziz_29

Abdul Jalil Aziz_28

Abdul Jalil Aziz_7

NAMA                    : ABDUL JALIL BIN AZIZ

SUKAN                   : SEPAKTAKRAW

TAHUN AKTIF       : 1970 – 1980

MULA TERLIBAT   : 1970

 Sepaktakraw adalah gabungan dua perkataan yang diambil dari dua buah negara iaitu “ sepak “ dari negara Malaysia sendiri dan “ takraw “ dari negara Thailand, maka dari detik ini sukan sepaktakraw telah diterima sebagai salah satu acara sukan antarabangsa yang dipertandingkan disukan “SEAP1965” dan seterusnya hingga sekarang sampai ke peringkat “SUKAN ASIA” dan “WORLD COMPETITION” Sebelumnya sukan ini popular dengan nama “SEPAKRAGA JARING”. Penglibatan saya adalah dalam kedua-dua sukan tersebut walaupun pada masa itu sepaktakraw mula diperkenalkan tetapi persatuan-persatuan negeri masih lagi mengekalkan nama lama persatuan mereka dan menjalankan pertandingan mengikut undang-undang sepakraga jaring sehinggalah 1969 maka selepas dari tahun ini barulah sepaktakraw digunapakai sepenuhnya hingga sekarang. Pada tahun 1970 saya buat pertama kalinya terpilih mewakili pasukan Malaysia dalam Pesta Sukan Singapore dan Malaysia telah memenangi emas dalam acara sepaktakraw. Sejak daripada itu saya merupakan pemain regular yang mewakili pasukan kebangsaan di sukan SEAP 1971 KUALA LUMPUR, SEAP 1973 SINGAPORE, SEAP 1975 BANGKOK, SEA GAMES 1977 KUALA LUMPUR dan kesemua kejohanan itu saya membantu pasukan sepaktakraw Malaysia mengutip emas “straight flush.” Pada tahun 1979 saya telah menjalani latihan pusat untuk sukan sea Jakarta tapi malangnya saya telah menarikdiri disaat akhir olehkerana sebab-sebab yang tak dapat dielakkan,walaubagaimanapun Malaysia mampu memperolehi emas.Pada tahun 1980 persatuan sepaktakraw Malaysia meluaskan pengaruh sukan sepaktakraw dengan memperkenalkan kejohanan “Asian tournament”diKuala Lumpur saya juga terpilih mewakili pasukan kebangsaan dan membantu pasukan Malaysia memperolehi emas.

 

PENGALAMAN MANIS:

Memenangi kesemua sukan antarabangsa dalam acara sepaktakraw dari pesta sukan Singapore,Seap Games,Sea Games dan Asian Tournament dengan memperolehi kesemuanya  emas. Regu saya tidak pernah kalah apabila menentang pasukan lawan baik dari negara Thailand, Singapore, Indonesia, Philipine,Brunei dan Loas ketika itu.

 

PENGELAMAN PAHIT:

Saya rasa pengelaman pahit dari segi sukan sepaktakraw tidak ada, Cuma saya rasa terkilan sebab acara sukan sepaktakraw disukan SEAP Rangoon 1969 digugurkan bukan kerana tak cukup koram tetapi sengaja digugurkan sepatutnya negara –negara yang menyertai sukan sepaktakraw tersebut mesti mempertahankannya.

 

SEBAB BERSARA:

Saya bersara dari mewakili pasukan kebangsaan pada tahun 1980 selepas Asian Tournament Kerana ketika itu umur saya pun telah meningkat dan saya telah pun mencapai “peak”. Saya rasa pelapis yang ada ketika itu cukup mantap seperti Adnan Saidin, Rahim Kassim, Jusri Rick, Malek Shamsuddin dan ramai lagi yang telah dapat mempertahankan kegemilangan sukan tradisi kita sehinggalah mereka bersara dan selepas itu berlakulah era kejatuhan sepaktakraw kita walaupun beberapa usaha telah dijalankan tetapi belum nampak lagi tanda-tanda bangkit semula. Kita perlu ada pemain-pemain yang digeruni oleh pehak lawan seperti Sahak Yasin,Adnan Saidin, Abdul Jalil Aziz dan ada beberapa orang lagi.

 

 AKTIVITI SELEPAS BERSARA:

Masih bermain dengan pasukan Selangor dan juga Wilayah Persekutuan dan menyertai kejohanan diperingkat negeri dan kebangsaan sehinggalah 1981. Selepas daripada itu hanya bermain dan menjadi jurulatih untuk jabatan sahaja

 

AKTIVITI SEKARANG:

 Melakukan aktiviti senaman ringan, berkebun dihalaman rumah, dan membantu isteri berniaga kecil-kecilan membuat kuih frozen

 

TENTANG KELUARGA:

Isteri: Nahariah Mann

Anak: 4 orang, 2 lelaki 2 perempuan

Cucu: 2 orang 1lelaki 1perempuan dan coming soon

Mohd Hilmy (31 tahun) berkahwin

Nur Aida (29 tahun) berkahwin

NurulAini(28 tahun) berkahwin

Mohammad Fahmy (18 tahun) menunggu tawaran IPTA

 

PENCAPAIAN PALING TINGGI DALAM KARIER:

Memenangi pingat emas empat kali berturut-turut dalam sukan SEAP 1971, 1973, 1975 DAN SEA 1977

 

SENARAI PENCAPAIAN (PENUH)

Calon Olahragawan Kebangsaan

Johan antara regu Malaysia dalam pesta MAHA 1968 mewakili Negeri Sembilan

Johan berpasukan Piala Menteri Besar/ Ketua Menteri 1973 mewakili Negeri Sembilan

SUKAN SEAP

Pingat emas (1971, 1973, 1975)

SUKAN SEA

Pingat emas ( 1977 )

ASIAN TOURNAMENT

Pingat emas (1980)

PESTA SUKAN SINGAPORE

Pingat emas (1970, 1972, 1974 dan 1976)

ANUGERAH

Dikurniakan Pingat PJK oleh Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan (1975)

Dikurniakan pingat PPN oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong (2004)

Olahragawan Negeri Sembilan (1975)

Olahragawan MAYC Malaysia Piala pusingan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussin (1976)

 

PANDANGAN TENTANG YAKEB:

Saya berterima kasih kepada pengasas yang menubuhkan Yayasan Yakeb. Dengan adanya yayasan ini kebajikan atlet dapat dibela. Ramai atlet yang kurang upaya dan kesihatan yang terjejas telah mendapat manafaat daripadanya. Sesungguhnya tiada badan lain yang dapat menjaga kebajikan atlet kebangsaan selain daripada Yayasan Yakeb sendiri. Syabas diucapkan kepada AJK Yakeb.

Abdul Jalil Aziz_8

 

SEMOGA KAMI TIDAK DILUPAI!

 

Abdul Jalil Aziz

[Maklumat lanjut]

 

Tags:

Category: Lagenda Emas